Sunday, December 7, 2008

JANGAN RAGU...PERTANYAAN ANDA AKAN TERJAWAB!!!

S. Apakah itu Intra?
J. Intra adalah gabungan unik dan proprietari 23 jenis ekstrak botani yang telah dirangka untuk
menyokong, menyeimbangkan dan memperkuatkan 8 sistem biologi dalam badan. Ia telah
diformulasikan khusus untuk mengandungi ekstrak-ekstrak botani yang kuat tetapi tahap
setiap satunya adalah amat selamat dan telah dinikmati di serata dunia selama lebih daripada
15 tahun. Intra adalah pemakanan tambahan semula jadi yang membantu mengekalkan
kesegaran dan kesihatan optimum.

S. Apakah jenis-jenis faedah yang boleh saya jangkakan dengan penggunaan Intra?
J. Intra bekerja dengan sistem semula jadi dalam tubuh dan oleh sebab setiap seorang daripada kita
adalah berbeza, kita mengalami keputusan yang berbeza-beza apabila menggunakan produk ini.
Secara amnya, Intra membantu menyokong dan memperkuatkan bahagian-bahagian badan di mana
kita paling lemah – sering kali keputusan yang diperoleh adalah sungguh dramatik. Setiap orang yang
menggunakan Intra setiap hari akan mengalami faedah yang berbeza-beza. Terdapat lebih daripada
85,000 kajian penyelidikan yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal ulasan sebaya yang menyokong
faedah setiap ramuan botani yang terkandung dalam Intra.

S. Berapa banyak Intra yang harus saya ambil setiap hari?
J. Dos yang disyorkan untuk Intra ialah 28 ml hingga 56 ml (1–2 auns bendalir) setiap hari, tetapi sehingga
168 ml (6 auns bendalir) boleh diambil dengan selamat secara harian sekiranya anda merasakan
bahawa badan anda memerlukan sokongan tambahan. Intra amat sesuai untuk seisi keluarga.

S. Adakah OK untuk mengambil Intra setiap hari selama suatu jangka masa yang panjang?
J. Ya. Sememangnya Intra telah dibangunkan untuk tujuan itu dan ia menggunakan ekstrak-ekstrak
botani yang telah ditulenkan dalam formulasi yang seimbang dan selamat. Ramai pakar herba
menyarankan agar dos-dos tinggi bagi setiap ramuan botani diambil selama suatu jangka masa
yang pendek sahaja. Walau bagaimanapun, hal ini tidak melibatkan Intra kerana Intra diformulasikan
khusus dengan mengambil kira aspek keselamatan, dan menggunakan tahap sederhana bagi setiap
ekstrak botani.

S. Adakah Intra diluluskan oleh pihak FDA?
J. Sebagai diet tambahan, Intra dianggap sebagai makanan. Oleh itu, ia tidak memerlukan kelulusan
FDA. Pihak FDA tidak menawarkan pandangan mahupun mengeluarkan kelulusan bagi diet
tambahan. Namun begitu, pengujian makmal bebas yang ekstensif dan ketat telah mengesahkan
keselamatan dan ketulenan semua komponen Intra.

S. Adakah terdapat kesan sampingan dengan penggunaan Intra?
J. Secara amnya, Intra tidak mempunyai kesan sampingan. Kadang kala, sebilangan kecil orang ramai
melalui suatu tempoh penyesuaian atau pembersihan yang ringan sejurus selepas mengambil produk.
Proses ini tidak berpanjangan melebihi 3 – 5 hari, dan boleh dielakkan dengan mengambil produk
dalam amaun yang kecil (5 – 10 ml / 1 – 2 sudu teh), dan secara beransur-ansur meningkatkannya
sehingga tahap 28 ml – 56 ml (1 – 2 auns bendalir). Jika anda sedang menggunakan ubat, tindakan
yang baik ialah memulakan penggunaan dengan perlahan-lahan, dan sedikit demi sedikit
meningkatkannya sehingga tahap harian 28 ml – 56 ml (1 – 2 auns bendalir). Di samping itu, Intra
adalah produk makanan, atas sebab itu, segelintir pengguna mungkin mengalami alergi kepada
salah satu ramuan yang membina formulasi ini. Seperti mana produk makanan lain, sekiranya
wujud alergi, individu berkenaan seharusnya tidak meneruskan pengambilan Intra.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Ebook Download